Saturday 29 August 2015

Jom kumpul gold bar 1gram sebulan




Teknik simpan emas musim gawat. Kumpul 1g sebulan 916 atau 999. Dah terkumpul 5-10g atau lebih..
Tukar kepada jewellery..
Boleh??


























Sunday 24 March 2013

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

Saturday 23 March 2013

Wang Fiat


Apa itu wang fiat?

wang fiat ialah wang yang digunakan sebagai medium pertukaran. Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat. Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka, tetapi tidak ada nilai intristik. Nilai intristik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda. wang kertas hanya ada nilai muka iaitu nilai yang tertera diatas sekeping kertas.
Pada hakikatnya wang kertas itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai.wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui system fractional reserved banking . Ia dihasilkan tanpa disandar pada sebarang asset berharga

" tambatlah nilai menggunakan emas kerana ia sentiasa berharga"

Thursday 6 December 2012

Promosi kumpul GOLD BAR 1 GRAM AZRIENA GOLD!



Kumpul Gold Bar 1gram  Azriena Gold sekurang kurangnya 1 keping sebulan.

# Beli dan kumpul sekurang-kurangnya sekeping gold bar 1gram Azriena Gold .

# Selepasbulan, anda memiliki 5 keping Gold Bar berat keseluruhan 5gram.

# Tukar 5gram Gold Bar anda kepada barang kemas Azriena Gold. 
Contoh gelang tangan, rantai tangan, rantai leher atau cincin
dengan berat yang samaAnda akan dikenakan upahtukar
design ” dari gold bar kepada barang kemas serendah RM10 untuk setiap 1 gram barang anda.

#Sebagai contoh untuk 5gram Gold Bar terkumpul yang
ingin ditukarkan kepada 5gram rantai tangan;
anda hanya dikenakan tambahan RM50. Mudah kan?

Kenapa nak tukar Gold Bar kepada barang kemas
Barang kemas lebih mudah dicairkan berbanding Gold Bar 
disaat anda memerlukan wang. Peraturan semasa bank setakat ini hanya menerima barang kemas sahaja untuk di rahnu. 

Kes studi
Sebagai contoh; anda kumpul 5 bentuk cincin yang dibeli di kedai
X. Anda berniat nak tukarkan cincin yang anda ada kepada rantai
tangan. Anda serahkan 5 bentuk cincin yang anda miliki kepada
pekedai X. Cincin anda akan dinilai sebagai emas terpakai
dengan susut nilai 30%. Jadi berat rantai tangan yang anda dapat
mungkin kurang berbanding berat cincin yang anda dah
kumpulkan selama iniSelain itu anda turut dikenakan kos
tukang di atas rantai tangan yang anda idamkan itu.

BandingkanDalam projek mampu milik Azriena Gold, tiada susut
nilai dikenakan ke atas Gold Bar yang anda pulangkan selagi mana
tiada cacat cela berlaku pada produk tersebut. Contohnya Gold
Bar dan sijil dalam keadaan baik tidak berubah bentuk dan Gold
Bar tidak berubah beratAnda dapat barang dengan berat yang
sama seperti anda kumpulkan sebelumnya  dengan tambahan kos
tukar design yang sangat minimum dan berpatutan.

Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai kami sekarang! Tempahan awal
sangat-sangat dialu-alukan. Kami bersedia berkongsi ilmu dengan
anda

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan.



Tuesday 4 December 2012

Latest product di AZRIENA GOLD
















Tuesday 23 October 2012

Apa yang anda perlu tahu tentang emas

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.


PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

Sumber: Perunding Pelaburan Emas & Perak

Latest produk di Azriena Gold

                                          Gelang 999 dan 916 3gram dan 5gram

            

                                          Gelang Selisih
                                           

                                         Baru ; Gelang selisih


                                          Design terbaru rantai pasir 916                                        


                                          Close up rantai pasir 916

Berminat dengan produk Azriena Gold? untuk keterangan lanjut dan lock harga
contact nombor tertera
0193848745- Encik Abu Bakar,
0193848765- Puan Mazlipah,
0195744449- Cik Wani

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More