Friday 25 November 2011

Harga purata emas naik 27% setahun - Kosmo

Kosmo! Online - Negara

Ar-rahnu - salah satu cara belian emas yang menguntungkan..:)

Sunday 13 November 2011

New Product Launcing


GELANG TANGAN EMAS 916
Anggaran Berat 20g


*Harga lebih murah dari Jewellery916.
Pilihan ditangan anda.

Friday 11 November 2011

PRODUCT

Sila klik link dibawah untuk melihat product yang kami sediakan.




http://daruldinar-azrienagold.blogspot.com/p/product.html

Tuesday 25 October 2011

Cara Pengiraan Zakat Emas

Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

1.Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2.Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3.Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4.Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5.Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6.Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7.Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8.Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9.Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10.Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11.Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12.Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13.Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14.Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi.faq.asp)

Rukun Islam Ke-Empat : ZAKAT

Rukun Islam Ke-Empat

Zakat Emas dan Perak 

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun. 

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34) 


2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
HIKMAT ZAKAT 

1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam: 

(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. 

Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat: 

(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.
ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 

1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhikeperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas. 

7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli EMAS

#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
al rajhi bank
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
pelaburan emas
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
elakkan daripada terjerumus dalam riba
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
pelaburan forex haram
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More