Tuesday 12 June 2012

Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012

• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.
• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!
- by Carl Samsudin (Monetary System Specialist)

Tuesday 5 June 2012

Produk Baru Azrienagold

Tempahan dibuka  - Cincin Emas 916



Tempahan dibuka - Cincin Perak

Jom lanjutkan pembacaan TENTANG MENGAPA HARGA EMAS MELAMBUNG TINGGI

 


MENGAPA HARGA EMAS MELAMBUNG TINGGI




  • Emas adalah unsur Logam yang terdapat dalam persekitaran semula jadi, kebanyakannya dalam "Urat Kuarza" dan lain-lain "Deposit Alluvium" tertentu dan boleh didapati dalam keadaan bebas atau dalam kombinasi dengan Logam lain.
  • Emas sebagai Logam berharga, telah di hargai dan di berikan Penghargaan yang tinggi sejak zaman dahulu kala dan masih merupakan salah satu Logam yang sangat berharga sepanjang zaman serta telah di gunakan untuk melambangkan kekayaan dan kuasa.
  • Beberapa spekulasi bahawa Emas mungkin Logam terawal yang di ketahui kerana ia telah di jumpai dalam makam dan di kalangan artifak yang bertarikh ke tamadun silam.
  • Mudah di bentuk, di ukir, di cair, di pahat atau di hias, Emas adalah salah satu Logam yang paling lembut, terpadat yang pernah wujud.
  • Kerana ia begitu lembut, ia adalah teraloi dengan mineral lain seperti perak dan platinum untuk menjadikan nya lebih kuat dan lebih tahan lama.
  • Ia adalah Logam yang paling sering di gunakan untuk barang kemas dan tukang-tukang lain kerana fleksibiliti dan ketahanan dan ia tidak mudah di pengaruhi oleh kelembapan, haba yang normal, udara, atau di pakai setiap hari
  • Kerana Emas adalah konduktor elektrik dan haba yang sangat baik, ia di gunakan secara meluas untuk tujuan industri dan Aplikasi Pengilangan.
  • Emas pernah di gunakan secara meluas sebagai gigi palsu dan tampalan gigi kerana demeaner lembut dan kemudahan untuk membentuk.
  • Walaupun ia masih di gunakan di beberapa aplikasi pergigian, ia tidak di gunakan untuk tujuan pergigian yang meluas hari ini.
  • Lain-lain kelaziman kegunaan Emas adalah termasuk penyelidikan biologi dan perubatan, pengimejan fotografi, dan kerana ia mempunyai rintangan yang tinggi hakisan, ia di gunakan dalam instrumen sensitif dan lain-lain Peranti Mekanikal.
  • Emas menjadi salah satu Logam yang paling berharga di dunia, anda di jamin mendapat durian runtuh apabila anda menjual barang kemas daripada Emas.

EMAS SEBAGAI ASET TETAP



  • Selain daripada Individu, Emas juga di gunakan oleh kebanyakan Negara untuk memantapkan Nilai Mata Wang Negara masing-masing dimana Nilai mata Wang "Di Ikat" dengan Jumlah Nilai Emas yang di miliki oleh sesebuah Negara.
  • Emas juga di jadikan sebagai Logam terpenting untuk Menyimpan Kekayaan Negara kerana Emas memiliki Nilai Pasaran yang sangat Mantap dan tidak mudah Jatuh Nilai nya di dalam Turun Naik Ekonomi Dunia.
  • Ini telah mendorong banyak Negara untuk Membeli dan Menyimpan Emas sebagai Langkah Keselamatan jika berlaku Kegawatan Ekonomi yang melanda Dunia.

KRISIS EKONOMI DUNIA



Apabila Dunia mengalami Krisis Ekonomi yang Gawat, dimana ramai Pemimpin Dunia sudah tidak dapat untuk mengatasi dan memulihkan Ekonomi Negara masing-masing, maka Emas di jadikan sebagai ALAT untuk membantu sesebuah Kerajaan itu untuk mendapatkan Aliran Tunai dengan Mudah.

  • Di sepanjang 100 Tahun yang lalu, banyak Negara di Dunia ini mengalami Krisis Ekonomi di dalam Negara masing-masing dan tanpa memiliki Logam Emas sebagai SIMPANAN KHAS, Negara-Negara yang Tenat Ekonomi akan RUNTUH sama sekali.
  • Seperti yang berlaku ke atas Negara Greece baru-baru ini dimana Beban Hutang dan Ekonomi Negara tersebut tidak dapat di selamatkan oleh Kerajaan yang memerintah di sebabkan Ketiadaan Simpanan Emas yang mencukupi.
  • Kini Negara Greece terpaksa mendapatkan Bantuan Kewangan Khas daripada IMF - International Monetary Funds dimana Hutang Negara Greece di anggarkan sekitar USD475Billions.
  • Dan Jumlah Hutang tersebut telah melangkau Rekod Hutang negara Russia pada Tahun 1998 yang di anggarkan sebanyak USD131Billions.

MENGAPA NILAI EMAS KINI MENINGKAT



Nilai Emas telah meningkat dengan pesat di dalam Pasaran Antarabangsa di sebabkan oleh Aktiviti "Melepaskan Simpanan Emas" untuk Menjana Tunai yang di lakukan oleh banyak Negara yang bermasaalah. Dimana Nilai Pasaran Emas yang di Niaga kan pada 10-8-2011 telah mencapai NilaiUSD$56.7717 Se Gram atau MYR171.8822 Se Gram. Aktiviti melepaskan Simpanan Emas ini adalah salah satu daripada Strategi Pasaran Bank Dunia untuk "Mengurangkan" Beban Pinjaman Wang kepada Negara-Negara yang bermasaalah. Strategi ini di gunakan sebagai Langkah terbaik serta adalah lebih baik "Membeli" Emas mereka dengan Nilai yang lebih tinggi daripada "Memberi Pinjaman" tanpa JAMINAN BAYARAN BALIK yang KUKUH.


KESAN SAMPINGAN KEPADA UMUM



Melalui Penjualan SIMPANAN EMAS NEGARA di dalam Pasaran dengan NILAI YANG DI NAIKKAN ini, telah memberikan Manfaat kepada Penyimpan-Penyimpan Emas secara Peribadi. Dimana Golongan ini juga boleh mengambil kesempatan untuk menjual Simpanan Emas mereka untuk meraih keuntungan dari Harga Emas yang tinggi.Dan Aktiviti ini telah juga dapat membantu Rakyat UMUM di seluruh Dunia untuk menjana Lebihan Wang dan boleh di gunakan untuk menjelaskan Apa juga Hutang Tertunggak.


RUMUSANNYA



  • KENAIKAN HARGA EMAS yang berlaku sekarang BUKAN LAH atas sebab Permintaan untuk Logam Emas ini meningkat atau Bekalan Emas telah berkurangan di Pasaran.
  • KENAIKAN HARGA EMAS ini di dorong oleh Penggubal-Penggubal Politik Ekonomi Dunia yang telah menggerakkan Langkah untuk menangani Masaalah Kewangan kebanyakan Negara Dunia di dalam Kemelesetan Ekonomi Negara masing-masing.
  • Dan Fenomena Kenaikan Harga Emas ini tidak akan berlangsung lama dan akan kembali ke paras Nilai Pasaran Normal apabila negara-negara yang bermasaalah telah dapat mengatasi masaalah Kewangan mereka.
  • Dan Negara-Negara ini akan melakukan Pembelian semula Emas untuk di jadikan sebagai SIMPANAN KHAS apabila Kemampuan Kewangan negara masing-masing pulih sepenuh nya.
  • Dimana pada Waktu-Waktu tersebut Nilai Emas akan lebih Rendah daripada kebiasaan sebagai Langkah untuk mendorong Negara-Negara yang terlibat untuk membeli dengan Jumlah yang banyak.


IMBAS KEMBALI



Seawal Bulan June 2001 Negara Korea Selatan telah melakukan Pembelian Emas secara Agresif selepas mereka pulih dari KERUNTUHAN Ekonomi negara pada Tahun 1997-1998. Langkah Bank Pusat Korea Selatan membeli 25 Ton Emas telah menunjukkan bahawa Aktiviti membantu memulihkan Ekonomi Negara-Negara Terjejas telah di mulakan lebih awal. Di mana langkah Negara Korea Selatan ini dapat di fahami bahawa mereka melakukan Tanggung Jawap Moral untuk membantu Negara-Negara lain yang terjejas dengan Kemelesetan Ekonomi pada hari ini sepertimana yang di alami oleh mereka pada tahun 1997-1998.


JANGAN TERGESA-GESA MENGHABISKAN WANG



Kepada Individu yang berjaya menjual Simpanan Emas mereka dengan Harga Terkini, di nasihatkan agar jangan membelanjakan Keuntungan yang di terima secara membuta tuli. Sebaik nya ialah dengan melakukan Perancangan untuk membeli Pembelian Logam-Logam Berharga yang lain di dalam Nilai yang lebih Rendah dari Pasaran sebagai Langkah untuk menunggu Nilai Emas terkini menurun kepada Kadar yang lebih Rendah.

Jika Perancangan yang teliti tidak di lakukan, maka anda akan mengalami Kerugian yang bercorak Kekal apabila Modal untuk Pembelian Emas seperti yang di peruntukkan hilang di belanjakan kepada perkara-perkara yang tidak menguntungkan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More